Perutusan Pengarah

PENGARAH 2020

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke laman rasmi Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Dewan Budaya adalah satu jabatan yang berfungsi untuk mempromosikan aktiviti seni, budaya dan warisan Malaysia, sama ada dari segi sejarah, tradisional, moden atau kontemporari selain mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan komuniti tempatan dan antarabangsa serta berganding bahu bersama-sama penuntut tempatan dan juga luar negara dalam melaksanakan aktiviti seni dan kebudayaan.

Hasrat Dewan Budaya adalah untuk memelihara dan melestarikan program kesenian tempatan khususnya persembahan tradisional seperti Makyung, Keroncong, Gamelan sebagai contohh, di samping meneruskan aktiviti kesenian moden dan kontemporari melalui aktiviti persembahan, perkongsian ilmu (teaching and learning), penganjuran bengkel serta lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan seni persembahan.

Dewan Budaya juga menawar dan menyediakan perkhidmatan fasiliti dan prasarana yang berkualiti seperti auditorium, studio gerak dan beberapa prasarana yang lain untuk kemudahan penganjuran aktiviti universiti dan juga kepada pihak luar dan awam terutamanya yang berkaitan dengan penganjuran kesenian dan kebudayaan.

Di samping itu, Dewan Budaya juga membantu dalam memberikan sokongan kepada bidang akademik dalam melaksanakan kajian dan dokumentasi, penerbitan video, pendidikan, seminar, kursus dan pelbagai bengkel lain untuk meningkatkan nilai tambah.

Kunjungilah laman web kami dan media sosial kami dan bersama-sama dengan kami untuk merasai proses pembelajaran, hiburan dan pengalaman dalam kesenian dan kebudayaan. Kami berharap agar dapat perancangan aktiviti serta perkhidmatan yang kami sediakan dapat memberi manafaat serta inspirasi melalui penglibatan anda dalam agenda pembangunan aktiviti kami.

Terima kasih.

RAMNAH RAMLI
PENGARAH
DEWAN BUDAYA
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA